Istana.. :) ni kerja lean untuk subjek SUG230.. Idea tu memang tak ada bila first2 buat.. Sebelum idea nak buat istana ni muncul, lean buat rumah ala-ala rumah kanak-kanak riang.. senang cerita macam rumah tadika la.. haha.. tak dapat nak tunjuk gambar rumah tu kat sini sebab pendrive masuk virus..
Sebelum terhasilnya istana ni, ada juga terfikir nak buat church tau.. Mungkin istana kat atas tu lean jadikan church.. :) Apa macam.. ok tak??
Ni pula kerja yang kedua.. Buat pelan dalam rumah pula.. First2 tu rasa malas nak buat tau.. Dalam hati rasa nak minta je kerja Ekin dia buat pelan dalam rumah sem lepas tu.. hehe.. kan senang kawan dengan budak kos Interior Architecture.. hehehe.. Tapi tak minta pun.. Lean buat sendiri je. Pelan dalam rumah ni bukan pelan rumah untuk istana kat atas tu tau.. Ni pelan rumah biasa je.. Kalau lean buat pelan rumah untuk istana tu, memang banyak la kerja nak buat.. Dan tu bukan kerja Lean, tapi kerja Interior Architecture!
Tak sedar dah masuk sem 3.. dah jadi senior.. hehe.. tak la bangga mana kalau jadi senior.. Sebab semua sama je.. Sem ni memang banyak buat kerja dengan AUTOCAD.. First2 tu rasa macam tak reti la bila pakai.. Tapi bila dah 'terokai' dunia AUTOCAD, dah boleh dah bawa.. :)
Awal sem ni memang banyak guna duit.. Macam biasa la.. Hah, pasal telinga.. Entah la.. Tak tahu.. 18hb ni check balik.. Harap dah tak ada apa-apa.:)
No comments:
Post a Comment