Saturday, January 28, 2012

Bercuti di rumah Ayu

Banyak kan cuti sem ni.. Plan memang nak duduk kat kolej cuti ni.. Tak plan nak balik Kuching pun… Tapi dalam hati tu ada juga rasa nak balik.. Nak jumpa family.. L sedih.. Dan tak plan pun nak gi rumah Ayu. First-first tu nak duduk je kolej.. Disebabkan ramai member lean balik, dan kolej kosong, terpaksa la ‘merempat’ kat rumah Ayu.. hehe Rasa segan memang ada bila gi rumah Ayu.. Ye la kan.. Lean ni bukan biasa sangat duduk rumah orang.. Macam lean gi rumah keluarga angkat kat Batu Kurau tu, mana reti nak sesuai kan diri dengan rumah orang… Terutama kampung melayu.. Cuti CNY ni tak la sampai seminggu.. Lean bertolak gi rumah Ayu pada 20/1/2012.. Perjalanan jauh sangat.. Dalam 3 jam lebih macam tu la.. Lama kan.. Rumah Ayu ni kat Semanggol.. Kira dekat la juga dengan Taiping.. Bila sebut Taiping, memang tak pernah pun pergi situ..

Sampai kat rumah Ayu dalam pukul 6 lbh la.. waktu petang.. Sampai je kat rumah Ayu, ma Ayu memang dah lama tunggu Ayu dengan Lean sampai.. Memang banyak cabaran duduk rumah Ayu ni tau.. Nak tahu apa cabaran dia? Rumah Ayu ni memang banyak kucing.. Adoi.. Dah la fobia dengan kuching.. Tapi setakat ni ok la kucing tu.. tak ada rekod cakar mencakar lagi.. hehe..

Tidur awal juga malam tu sebab penat.. Keesokan hari nya, banyak giler ma Ayu masak lauk untuk makan tengah hari tu.. Nak tahu lauk apa? Lauk sambal tempe, sambal sotong, ikan keli goreng, sup sayur dan petai.. Memang kenyang giler hari tu..

22/1/2012, Ayu ajak gi Taiping.. Kata nya nak habiskan baucer dia yang tinggal rm100 tu.. Apa lagi, lean pun ikut juga.. Lagipun lean tak pakai lagi baucer tu.. Keluar pun dengan adik dengan abang Ayu.. Kita orang keluar berempat je.. Mula-mula kita orang pergi Kedai POPULAR.. Nak borong apa yang ada kat POPULAR. Bila sampai je kat POPULAR, terngaga tengok orang berbaris kat kaunter.. Dah la panjang giler. Kita orang apa lagi, cepat-cepat la ambik barang yang nak di borong.. Lama giler tunggu turn nak bayar tau.. Orang ramai berpusu-pusu.. Tiba-tiba, orang yang jaga kaunter tu kata “orang yang bayar buku pakai baucer, tak boleh dah pakai baucer sebab kad yang untuk saya scan baucer tu hilang..” menyirap darah dengar.. Penat kot berdiri lama.. Adoi.. Semua orang fed up time tu.. Semua tinggal barang macam tu je.. Memang bersepah la POPULAR time tu.. hehe

Dengan rasa benggang, Ayu ajak gi Lake Garden kat Taiping.. Wah, memamg cantik la tasik dia.. Siap ada pasangan pengantin ambik gambar kat situ.. Memang terbaik la.. Apa lagi, masa untuk ber-posing.. hehe



Kemudian, kita orang gi TESCO TAIPING. Makan malam kat situ.. hehe..


Sampai kat rumah dalam pukul 9 lebih.. Lama juga kita orang jalan. Best juga jalan dengan dia orang ni.. hehe.. Keesokkan harinya, Ayu ajak meronda kat kampung dia. Memang banyak giler tempat orang pelihara ikan KELISA.. Kalau papa tahu, mesti dia suka.. Dah la ada sejarah Ikan KELISA dia mati tahun lepas.. Kesian pula bila ingat balik.. Mana tak, dah lama pelihara dia.. hehe..

24/1/2012, Lean dengan Ayu balik ke UITM.. Sedih bila nak tinggalkan kampung Ayu pula.. Best bah tinggal kat situ.. Tenang je..

No comments:

Post a Comment