Dah lama tak menjejaki kaki ke Damai Beach.. :) Sampai je Lean kat Kuching, Papa dengan Mama bawa Lean dengan adik-adik pergi ke Damai Beach.. Hehe.. Best betul.. Lean pergi Jumaat minggu lepas. Jumaat time tu Good Friday. So, pagi-pagi lagi Lean dengan family pergi Church.. Dalam pukul 12 lebih baru gerak ke Damai Beach.. Sampai kat Damai Beach dekat pukul 2 lebih.. Apa lagi, Lean dengan adik-adik sibuk tengok jam. Bukan apa, tunggu pukul 3 petang untuk buka puasa.. Haha.. Tipu la kalau Lean kata tak lapar time tu.. Tambah lagi haus..
Dah makan semua, Lean dengan family Lean rehat dulu.. Dalam pukul 5 petang macam tu pergi pantai.. Buat apa? Mandi la.. hehe.. Tapi sebelum tu, ambik gambar dulu kat tepi pantai..
Papa, Mama, Steffie dengan Stefan.. :D
Lean dengan Mama
Huhu.. Papa Lean jenis yang tak suka sangat tangkap gambar sebenarnya.. Tu yang pandang tempat lain.. hehe.. Between, ini family Lean. Stefan tak ada dalam gambar sebab gambar ini dia la yang ambik.. lor..
Mandi! Hehe.. First-first tu Lean pikir dua tiga kali nak mandi sebab takut 1 benda.. Bukan takut ketam ke, apa ke, tapi takut obor-obor..Sebab hari tu Lean nak mandi kat Pantai Teluk Batik.. Tiba-tiba Lean terasa kaki Lean macam ada benda lembut je kat kaki.. Apa lagi, Lean berlari la keluar dari air.. Bukan geli apa. Macam terasa sakit tau.. Rupa-rupanya terkena obor-obor.. Sejak tu Lean macam takut nak mandi kat pantai.. Tapi mama Lean kata kat Pantai Sarawak tak ada obor-obor.. Entah betul ke tak.. Apa lagi, Lean mandi je la.. Syukur tak ada apa-apa berlaku lepas mandi kat pantai tu... Macam tak puas je mandi.. hehe.. Time tu, Lean mandi dengan adik-adik je.. Pa dengan Ma tak nak ikut.. Entah tak tahu kenapa.. Tak best mandi 3 orang je.. huhu
Dah mandi apa semua, Mama kata nak makan kat Seafood Buntal pula.. Kami pun pergi la makan malam kat situ.. Sedap tau lauk dia.. Kenyang sudah.. :)
Sea Cucumber Soup. Yang ini paling best.. Sedap..
Sweat and sour fish.. Tak tahu ikan apa.. Hehhe..Sebab Lean bukan makan ikan pun..
Sayur kangkung dengan ambal.. Kenyang giler lepas makan.. Makin boroi la perut ini.. haha... Tapi puas makan..
Sampai kat chalet, tengok tv kejap, lepas tu tidur.. Hehe.. Tidur awal la juga.. Hehe... Mungkin sebab penat kot..
Keesokkan hari nya, breakfast dulu.. Lepas tu pa kata nak sewa kan basikal untuk Lean dengan adik-adik. Dia suruh kita orang bawa basikal pusing 1 resort.. Hehe.. Best la juga.. Haha.. Sambil hirup udara segar di pagi hari..
Nampak kelakar pula tengok muka Lean pakai helmet basikal.. haha
Dah puas pusing-pusing 1 resort pakai basikal, Lean dengan adik mandi lagi!! Haha.. Tapi kali ni tak best pula mandi sebab air surut.. Tak apa.. Hentam je.. Mandi je selagi ada air.. haha.. Petang tu, pa ajak gi Damai Central. Damai Central belum buka sepenuhnya. Yang ada cuma Seven eleven, food court, restoran seafood dengan kedai cenderamata.. Tapi building dia serious cantik. Kalau tak percaya cuba tengok gambar kat bawah..
Cantik kan? Tak jauh dengan Damai Beach sebenarnya.. Jalan kaki pun boleh..
Ni Lean dengan mama Lean.. Dua-dua muka serious.. hehe
Malam tu, Lean dengan family tak pergi mana-mana pun... Pergi pantai je.. Time malam-malam pergi pantai best tau.. Macam aman je dengar bunyi ombak time malam-malam..
Keesokkan harinya, Ma ajak gi Damai Central lagi sebab nak ambik gambar kat burung ni katanya.. Cuba tengok gambar kat bawah.. Serupa macam burung helang kat Pulau Langkawi kan? Teringat pula kat Pulau Langkawi.. Miss that place so much.. >.<
Time nak balik, adik-adik kata macam tak nak balik je.. haha... Kata nya nak tinggal kat sini je.. Then, tiba-tiba ma kata, kalau ada rezeki lebih, time Gawai dia nak bawa kita orang pergi sini lagi.. haha.. entah betul ke tidak.. Sama-sama kita saksikan nya.. :D
No comments:
Post a Comment