Monday, April 23, 2012

First time pengalaman bekerja :)

 Entri Lean kali ni Lean nak cerita pengalaman lean bekerja kat Riverside Majestic Hotel dimana papa Lean bekerja kat situ juga.. hehe.. Lean kerja part time kat situ sebagai housekeeping je.. Saje cari pengalaman plus cari pocket money lebih bah..  Lean start kerja pukul 8 sampai pukul 4.. Tapi tak tentu la sebab ikut kerja. Kalau banyak lagi bilik nak kena kemas, memang balik lambat la jawapnya.. Lean kerja kat situ pun macam kalau bos panggil baru kerja.. Kiranya Lean macam akan kerja kat situ time guest kat hotel ramai je.. Sekarang ni pun bos bagi rest, then tunggu bos panggil lagi untuk bekerja..

Lean kerja sebagai housekeeping kat situ tak la kerja sorang la kemas bilik macam korang tengok tv apa segala.. Lean kan part time.. Lean kena follow staff yang memang kerja kat situ.. Kerja Lean macam tolong orang kemas bilik la.. Penat memang terasa la sebab cuci bilik dalam 1 hari, 17 ke 23 bilik macam tu la.. Ada bilik yang teramat kotor pun ada, jumpa condom pun ada kat bilik mandi yang tak dibuang betul-betul.. Ooppss.. censor sikit ye.. haha
Ini la gambar Lean yang tengah pakai uniform housekeeping.. Ada rupa macam maid tak?? haha.. Kelakar betul.. 


okkk....sini Lean letak gambar vacuum dengan trolley housekeeping.. Lean cuma bawa vacuum je, staff housekeeping yang jadi partner dengan Lean akan bawa trolley tu.. Lean dah reti nak atur cadar kat bilik guest.. First-first agak la susah la.. Tapi dah lama-lama boleh la.. Reti la juga..
Lean akan rehat dalam pukul 12 macam tu la.. Tak pun terlanjur dekat pukul 1 baru rehat.. Biasa la.. Banyak bilik nak kena kemas.. Time rehat pergi kantin staff.. Hehe... Apa lagi.. Makan la.. Makan free mesti la makan banyak sikit kan... Hahaha.. Lean ingatkan Lean boleh kurangkan berat badan bila kerja macam ni, rupanya Lean silap.. Tambah berat badan ada la.. Isshhhh.. Ni semua salah chef kat kantin tu sebab masak makanan sedap sangat.. hehe.. 

Sunday, April 15, 2012

100 Plus Plane..


Entri Lean kali ni pasal 100 Plus Plane.. Hehe... Sebenarnya Lean tlg adik Lean buat projek ni untuk Recycle Contest dia kat sekolah.. Penat juga la buat ni.. Tapi kejap je tau nak buat kapal terbang ni.. Lean dengan adik Lean buat kapal terbang ni dalam setengah hari je.. Hehe.. Ok tak? Bangga kilang 100 Plus kalau tengok entri ni.. haha.. 

Monday, April 9, 2012

Damai Beach, here I come.. :)

Dah lama tak menjejaki kaki ke Damai Beach.. :) Sampai je Lean kat Kuching, Papa dengan Mama bawa Lean dengan adik-adik pergi ke Damai Beach.. Hehe.. Best betul.. Lean pergi Jumaat minggu lepas. Jumaat time tu Good Friday. So, pagi-pagi lagi Lean dengan family pergi Church.. Dalam pukul 12 lebih baru gerak ke Damai Beach.. Sampai kat Damai Beach dekat pukul 2 lebih.. Apa lagi, Lean dengan adik-adik sibuk tengok jam. Bukan apa, tunggu pukul 3 petang untuk buka puasa.. Haha.. Tipu la kalau Lean kata tak lapar time tu.. Tambah lagi haus..
Dah makan semua, Lean dengan family Lean rehat dulu.. Dalam pukul 5 petang macam tu pergi pantai.. Buat apa? Mandi la.. hehe.. Tapi sebelum tu, ambik gambar dulu kat tepi pantai..

Papa, Mama, Steffie dengan Stefan.. :D

Lean dengan Mama

Huhu.. Papa Lean jenis yang tak suka sangat tangkap gambar sebenarnya.. Tu yang pandang tempat lain.. hehe.. Between, ini family Lean. Stefan tak ada dalam gambar sebab gambar ini dia la yang ambik.. lor..

Mandi! Hehe.. First-first tu Lean pikir dua tiga kali nak mandi sebab takut 1 benda.. Bukan takut ketam ke, apa ke, tapi takut obor-obor..Sebab hari tu Lean nak mandi kat Pantai Teluk Batik.. Tiba-tiba Lean terasa kaki Lean macam ada benda lembut je kat kaki.. Apa lagi, Lean berlari la keluar dari air.. Bukan geli apa. Macam terasa sakit tau.. Rupa-rupanya terkena obor-obor.. Sejak tu Lean macam takut nak mandi kat pantai.. Tapi mama Lean kata kat Pantai Sarawak tak ada obor-obor.. Entah betul ke tak.. Apa lagi, Lean mandi je la.. Syukur tak ada apa-apa berlaku lepas mandi kat pantai tu... Macam tak puas je mandi.. hehe.. Time tu, Lean mandi dengan adik-adik je.. Pa dengan Ma tak nak ikut.. Entah tak tahu kenapa.. Tak best mandi 3 orang je.. huhu


Dah mandi apa semua, Mama kata nak makan kat Seafood Buntal pula.. Kami pun pergi la makan malam kat situ.. Sedap tau lauk dia.. Kenyang sudah.. :)

Sea Cucumber Soup. Yang ini paling best.. Sedap..

Sweat and sour fish.. Tak tahu ikan apa.. Hehhe..Sebab Lean bukan makan ikan pun..

Yang ni favourite! Omelette Oyster.. Yummmyy..


Sayur kangkung dengan ambal.. Kenyang giler lepas makan.. Makin boroi la perut ini.. haha... Tapi puas makan..
Sampai kat chalet, tengok tv kejap, lepas tu tidur.. Hehe.. Tidur awal la juga.. Hehe... Mungkin sebab penat kot..

Keesokkan hari nya, breakfast dulu.. Lepas tu pa kata nak sewa kan basikal untuk Lean dengan adik-adik. Dia suruh kita orang bawa basikal pusing 1 resort.. Hehe.. Best la juga.. Haha.. Sambil hirup udara segar di pagi hari..


Nampak kelakar pula tengok muka Lean pakai helmet basikal.. haha
Dah puas pusing-pusing 1 resort pakai basikal, Lean dengan adik mandi lagi!! Haha.. Tapi kali ni tak best pula mandi sebab air surut.. Tak apa.. Hentam je.. Mandi je selagi ada air.. haha.. Petang tu, pa ajak gi Damai Central. Damai Central belum buka sepenuhnya. Yang ada cuma Seven eleven, food court, restoran seafood dengan kedai cenderamata.. Tapi building dia serious cantik. Kalau tak percaya cuba tengok gambar kat bawah..


Cantik kan? Tak jauh dengan Damai Beach sebenarnya.. Jalan kaki pun boleh..


Ni Lean dengan mama Lean.. Dua-dua muka serious.. hehe

Lean dengan Steffie

Malam tu, Lean dengan family tak pergi mana-mana pun... Pergi pantai je.. Time malam-malam pergi pantai best tau.. Macam aman je dengar bunyi ombak time malam-malam..

Keesokkan harinya, Ma ajak gi Damai Central lagi sebab nak ambik gambar kat burung ni katanya.. Cuba tengok gambar kat bawah.. Serupa macam burung helang kat Pulau Langkawi kan? Teringat pula kat Pulau Langkawi.. Miss that place so much.. >.<




Time nak balik, adik-adik kata macam tak nak balik je.. haha... Kata nya nak tinggal kat sini je.. Then, tiba-tiba ma kata, kalau ada rezeki lebih, time Gawai dia nak bawa kita orang pergi sini lagi.. haha.. entah betul ke tidak.. Sama-sama kita saksikan nya.. :D

Sunday, April 8, 2012

"First MS ZAYYAD Giveaway"

Ok, giveaway kali ni yang En. Zayyad buat macam best je...
Nak join juga? Klik je link ni, http://mszayyad.blogspot.com/
Kat blog dia ada nyatakan syarat-syarat penyertaan dia.
Semua peserta yang join event ini akan dapat hadiah tau.. best tak? Siap ada buat cabutan bertuah juga tau.. Apa lagi.. JOM JOIN.. :)

Nak tag siapa yer... ermm..
5. Irna
Tarikh tutup :: 30 April 2012..
Lean dah join, kamu orang bila pula kan? :)

Monday, April 2, 2012

Bye, bye PERAK.. Hello KUCHING!! (bye,bye untuk 2 bulan 11 hari je)

Yahoo.. dah sampai rumah dah.. happy yang teramat tau.. Mana tak.. Cuti kali ni lama la juga.. 2 bulan 11 hari.. Lama kan..Boleh buat macam-macam time tu.. Nak kerja pun boleh, nak kahwin boleh.. haha.. Cuti ni memang plan nak kerja.. Nak cari duit tambah sikit la.. Memandang kan Lean tak minta PTPTN, so purse Lean tak la selalu tebal macam student lain yang minta PTPTN. Sebab tu Lean cadang nak kerja je cuti ni daripada duduk rumah. Tapi Mama macam tak bagi je. Takut penat dia cakap.. Susah la macam ni. Macam tak ada kebebasan..
(p/s : Lean ni bukan anak yang manja ok?)
Ok, kalau kerja pun tak boleh, nak buat apa ye? Errmm.. balik kampung je la.. Jaga nenek.. Dah tu merayau keliling kampung.. Baru syok. Asyik duduk rumah kat Kuching pun bosan juga. Terperap je kat rumah. Bangun, online kejap, makan, tidur balik. Tu je rutin harian time cuti. huhu..

Cuti ni nak tidur puas-puas. ahahha. Kononnya nak balas dendam sebab selalu stay up time final exam hari tu. huhu.. Struggle la kata kan. Penat kot otak.. Sem depan dah part 4.. HOHO.. Bila la nak habis ni.. Lama nya.. Member-member Lean yang sama sekolah dah banyak dengar mereka kata dh ambik degree terus. Perhh.. Lean ni yang ketinggalan.. Tak apa.. bermula dari bawah.. Nanti berjaya la juga kan.. :) Lean boleh punya.

Sebut pasal cita-cita time kecik-kecik dulu, memang banyak cita-cita.. Hehe.. Dulu time tadika, kelas Lean kena buat persembahan macam sorang-sorang kena bagitahu audience pasal cita-cita kita. Nak tahu apa cita-cita Lean time tu. Lean nak jadi Businesswoman.. haha.. Last-last cikgu Lean kata suruh Lean jadi stewardess pula. >.<


Time Lean darjah 4, Lean nak jadi Cikgu. ahahha. Time tu ingat lagi main cikgu-cikgu dengan adik. Memang kelakar giler la bila diingatkan balik. Lean tak layak jadi cikgu. Nanti student takut tengok muka Lean bila marah. ahahaha..
Naik form 2 pula bercita-cita nak jadi engeering software pula.. Time tu bagitahu papa dengan mama, semua tak setuju. dia orang cakap student ambik kos macam IT tu dah ramai.. HUHU.. ok, tukar cita-cita..


Cita-cita nak jadi engineer pula dah kena reject, nak jadi arkitek pula. Bukan apa. Macam best je cipta bangunan yang tinggi-tinggi, cantik-cantik.. Nak juga cipta rekod buat bangunan paling tinngi.. Hehe.. Berangan je lebih.. Ok, cita-cita ni pula kena reject oleh family.. :(


Last-last mungkin Lean jadi bakal Surveyor atau Site Engineer.. Haha.. Tak dijangka.. Mudah-mudahan dapat jadi surveyor yang berjaya.. :)