Entri kali ni cuma nak cakap apa yang berlaku pada diri lean selama final exam kali ni... Sekarang ni tepat pukul 0406.. roomate sorang dah tidur. Yang sorang lagi tu pula buat final project.. Biasa la budak fashion.. Memang la selalu jadi burung hantu.. (kata orang, dia sendiri pun sama..) Lean baru je habis buat nota cadas... Fuuhhhh... Penat kot.. Exam lepas ni pada 28 March.. Lebih kurang dalam 5 hari lagi untuk paper Cadas.. Exam nak dekat baru reti nak buat nota ye.. Nota Cadas tak la panjang berjela macam engine.. Engine tak tahu la macam mana nak hafal.. Dah la Lean ni bukan jenis yang suka sangat menghafal.. Otak jadi lembab sikit.. hehe..
1 hb Lean balik Kuching.. Entah.. Macam tak ada perasaan lansung.. Tiket flight dah beli.. Cuma nak tunggu hari je balik.. Plan cuti ni? Plan memang nak kerja.. Nak cari duit sikit.. Tapi kalau Mama dengan Papa tak bagi, Lean cadang nak balik kampung la sepanjang cuti sem (maybe je..). Nak tenang kan diri.. Lagipun nak jaga nenek yang baru je habis operation kaki dia bulan lepas.. Mana tahu dia belum sembuh sepenuhnya.. Bukan tu je, Lean boleh main Figo dengan Rio.. Hehe.. Jadi 'Babysitter' kejap.. hehe.. Jadi kalau ada orang nak contact dengan Lean ke time tu, sori ye.. Line mungkin tak berapa sangat ada time tu.. :)
Sekarang ni Lean pikir bila habis je dip. ni, nak ambik deg. terus.. Tak nak buang masa.. Bak kata Mama Lean, manfaatkan masa yang ada.. :) Dah habis deg. kalau jodoh tak sampai lagi, nak kerja dulu.. Cuba bayangkan.. Bila Lean dah habis belajar, kerja kejap, umur Lean tua la juga.. Habis belajar ambik deg. mungkin dalam umur 25... Nak kerja mungkin nak dalam 1 ke 2 tahun macam tu.. 28 la umur Lean baru nak cari jodoh.. Tu pun kalau jumpa.. Time tu mesti ramai kawan Lean dah kahwin... Haha.. Jadi ANDARTU la Lean nanti.. Plan Lean ni mengalahkan orang yang ambik kos kedoktoran je.. haha... Melampau sudah... Tak apa... Kita yang merancang, Tuhan yang menentukannya.. :)
Setakat ni tu je la yang Lean nak cakap... Nak tidur ni.. Dah la Lean kena bangun awal sebab nak tolong roomate angkat barang untuk final project dia awal pagi esok..
Hah.. Macam ni la muka Lean kalau tidur lambat.. hehe
No comments:
Post a Comment