Ayin pun jadi FASI.. tapi lain-lain group..
Setiap group mesti ada dua FASI yang jaga budak. Dalam group Lean, Lean kena jaga budak GROUP 5 dengan Haziq (budak part 2B). Budak yang duduk sebelah Lean yang pakai baju oren tu Kak Farah..
Ni group Lean.. Budak part 1 ni ok la.. Tak melawan cakap pun.. Dia orang ikut je arahan Lean dengan Haziq.. Mereka ni tak terlalu pendiam, tak terlalu hyperactive.. :)
Antara aktiviti dia orang ialah kena dirikan 10 batang paku pada 1 batang paku.. Lean sendiri pun tak reti nak buat.. hahaha.. cuma AJK Induksi hari tu bagitahu FASI bentuk paku tu macam payung.. Gambar kat atas tu la hasil group Lean.. Apa macam, reti tak??
Task seterusnya ialah balut 2 biji telur menggunakan 3 helai surat khabar.. kemudian, 2 biji telur akan jatuhkan dari tingkat atas.. tinggi tu.. Group Lean bijak juga.. Dia orang balut kan telur dengan sellotape terlebih dahulu sebelum balutkan dengan surat khabar.. Time ni semua budak-budak berdebar takut telur mereka pecah akibat dijatuhkan dari tingkat 3..
Time ni semua group berebut-rebut nak tunggu result pemenang nya.. Last-last, tak ada pemenangnya.. Telur semua group pecah.. Sama juga dengan group Lean. Dah habis aktiviti ni, kita orang disuruh berehat kerana adanya aktiviti lagi pada waktu malam..
Aktiviti malam ni ialah setiap group di suruh mencipta sebuah mesin canggih untuk mengubah kehidupan manusia pada tahun 2020. Group Lean nak buat mesin keropok lekor.. Gambar kat atas tu Lean tulis idea sikit untuk group Lean..
Gambar kat atas tu Group Lean kena present mesin keropok lekor dia orang..
Aktiviti last malam ini ialah budak Part 1 kena buat persembahan. Persembahan mereka ala-ala mencari bakat menyanyi la.. kreatif juga..
SECOND DAY
Second day pula ada aktiviti treasure hunt. Lean, Syamil dengan Ayin kena jaga check point. Sebelum start Treasure hunt, kita orang kena bersenam termasuk FASI juga.. Check point Lean tak berapa mencabar sangat. Task dia orang kena jalan mengunakan 2 batu bata sebelum mendapatkan BARANG AMANAH mereka dalam masa 2 minit. Kalau pakai 3 batu bata tak apa lah.. Ni pakai 2 batu bata.. Memang teruk diaorang kena.. hahaha.. kalau diaorang tak lepas halangan tu, dia orang kena conteng muka member group diaorang dengan telur, kopi, dengan tepung yang sudah dibancuh.. Memang busuk la bau dia.. Semua group tak lepas.. hahha..
Cawan plastik yang Syamil pegang tu la bahan denda yang diaorang terima kalau tak lepas halangan.. Busuk tak terkata..
Ni group 5 yang Lean jaga.. Kat check point ni, dia orang kena cari cincin dalam sebuah baldi.. Task ni dinamakan Black Hole.. dalam baldi tu ada cengkerik, ada ulat, dan macam-macam la benda yang geli bila dipegang.. Ayo.. kesian dia orang..
Group ni yang first sampai kat check point yang last.. Group yang Ayin jaga la ni.. Selepas diaorang sampai check point yang last, diaorang kena buka BARANG AMANAH yang diaorang simpan.. Antara BARANG AMANAH diaorang ialah Peria, serbuk kopi, Petai, Telur, 1 botol air mineral dan banyak lagi.. Dia orang kena makan BARANG AMANAH dia orang baru boleh jadi pemenang.. Kesian dia orang.. sabar je la ye.. :)Ni group FASI..
No comments:
Post a Comment