Wednesday, December 14, 2011

Operasi Khidmat Masyrakat Persatuan Geomass (OPKIM)

Event OPKIM ni best.. Lean join sebab nak juga rasa ada keluarga angkat. Perasaan sebelum menjejaki kaki ke Kampung Batu Kurau ni memang agak berdebar sikit.. Takut dengan suasana nya, keluarga angkat dan macam-macam la.. Event OPKIM ni diadakan selama 3 hari 2 malam.. Lama la juga kan.. Ini la keluarga angkat Lean.


Bila masuk kampung memang macam-macam la berlaku. Tak biasa. Dah la kat kampung orang melayu.. Lean memang tak tahu macam mana adat orang melayu.. Mak angakt Lean nama dia Mak Suraya. Sesudah pembahagian keluarga angkat, Mak tanya Lean dengan Mira, "reti bawa moto tak?" Memang jawapnya tak reti la. Mira reti pula bawa moto.. Mak suruh la Mira bawa moto .. Bila nak start engine moto, Mira agak terkial-kial. Biasa la.. moto lama.. Last-last, mak bawa moto tu.. haha.. Mira tumpang mak, Lean tumpang abah..

Sampai je kat rumah, Mak bagi makan buah 'STAR'. Rasa buah tu macam masam sikit la.. Makan buah 'STAR' cicah dengan kicap, gula dengan sedikit cili.. Nasib baik la tak pedas.. hehe.. Rasa buah tu macam buah mangga la.. First time tau makan buah ni..

Ni la buah 'STAR'..



Ni pula PUTU MAYAM. First time juga makan, tapi sedap tau..

Keesokkan harinya, setiap peserta OPKIM di bahagikan tugas untuk membersihkan kawasan kampung.. Group Lean kena bersihkan rumah warga emas..



Bila masuk je rumah ni, rasa sedih bila tengok pesakit Obesiti yang terlantar baring je.. Suami kepada pesakit Obesiti ni tak bekerja pula.. Kena tanggung 2 orang anak yang masih kecil.. Keadaan rumah pula tak teratur.. Bersepah.. Lantai berminyak, berhabuk.. Memang tak teratur.. Jadi kami bagi tugas masing-masing.. Budak laki kemas kawasan luar rumah, budak perempuan pula kemas kawasan dalam rumah. Lean kemas bilik anak pesakit Obesiti.. Besepah giler..



Atas katil yang bersepah dengan baju..



Buku tidak tersusun dengan rapi..


Lama la juga nak aturkan bilik ni disebabkan bilik ini berhabuk.. Akhirnya baju telah dilipat dan disusunkan dalam almari..



Buku pula sudah disusun pada rak buku.. Rumah warga emas ini sempat dikunjungi oleh REKTOR UITM.. REKTOR UITM ada memberi derma dan sedikit sumbangan untuk warga emas ini..

Setelah penat mengemas rumah warga emas, Mak angkat Lean mengajak Lean pergi ke kenduri saudara dia.. Bila sampai kat kenduri tu, Lean tak sempat nak tengok pengantin.. Sempat tengok persembahan silat dengan tomoi je.. Sempat la juga mengalas perut..


Persembahan silatPada pukul 4.30 petang pula ada aktiviti sukaneka dengan perlawanan bola sepak.. Lean masuk sukaneka lari dengan keadaan ikat kaki.. Main dengan Kak Farah.. Dapat no. 3.. hehe.. Dapat hamper besar lagi tu.. hehe


Ni pula gambar Lean kat landskap SK Anak Kurau.. Setiap aktiviti yang diadakan semuanya kat SK Anak Kurau.

Hari terakhir pula ialah aktiviti bebas bersama dengan keluarga angkat.. Lean plan nak mandi kat sungai dengan keluarga angkat, tapi mak dengan abah sibuk dengan kerja pula.. Mak sibuk dengan menjahit baju.. Biasa la.. Kan mak angkat Lean buka kedai menjahit.. Lean pergi sungai dengan Mira, adik-adik angkat, dengan geng SUG..

Sempat piknik..

Ni gambar Lean main air kat sungai dengan Mira dengan adik angkat...


Bila nak balik, rasa sedih pula.. Mak sempat lagi bisik kat telinga Lean yang dia sedih.. =_= Sedih nak tinggalkan Kampung Batu Kurau ni.. Banyak memori.. Harap 1 hari nanti Lean dapat pergi Kampung Batu Kurau sekali lagi..

Induksi untuk Budak Part 1 SUG.. :)




FIRST DAY




Sebut pasal Induksi, nak juga rasa macam mana bila budak junior join Induksi.. Lean tak pernah rasa macam mana rasa bila kena buli oleh budak senior.. So, lean jadi FASI untuk Induksi untuk budak part 1.. Budak part 1 kali ini tak ramai sangat.. 1 kelas je.. sikit je kan. tak puas nak buli diaorang.. haha.. jahat punya senior.. haha..






Ayin pun jadi FASI.. tapi lain-lain group..




Setiap group mesti ada dua FASI yang jaga budak. Dalam group Lean, Lean kena jaga budak GROUP 5 dengan Haziq (budak part 2B). Budak yang duduk sebelah Lean yang pakai baju oren tu Kak Farah..





Ni group Lean.. Budak part 1 ni ok la.. Tak melawan cakap pun.. Dia orang ikut je arahan Lean dengan Haziq.. Mereka ni tak terlalu pendiam, tak terlalu hyperactive.. :)



Antara aktiviti dia orang ialah kena dirikan 10 batang paku pada 1 batang paku.. Lean sendiri pun tak reti nak buat.. hahaha.. cuma AJK Induksi hari tu bagitahu FASI bentuk paku tu macam payung.. Gambar kat atas tu la hasil group Lean.. Apa macam, reti tak??





Task seterusnya ialah balut 2 biji telur menggunakan 3 helai surat khabar.. kemudian, 2 biji telur akan jatuhkan dari tingkat atas.. tinggi tu.. Group Lean bijak juga.. Dia orang balut kan telur dengan sellotape terlebih dahulu sebelum balutkan dengan surat khabar.. Time ni semua budak-budak berdebar takut telur mereka pecah akibat dijatuhkan dari tingkat 3..





Time ni semua group berebut-rebut nak tunggu result pemenang nya.. Last-last, tak ada pemenangnya.. Telur semua group pecah.. Sama juga dengan group Lean. Dah habis aktiviti ni, kita orang disuruh berehat kerana adanya aktiviti lagi pada waktu malam..



Aktiviti malam ni ialah setiap group di suruh mencipta sebuah mesin canggih untuk mengubah kehidupan manusia pada tahun 2020. Group Lean nak buat mesin keropok lekor.. Gambar kat atas tu Lean tulis idea sikit untuk group Lean..



Gambar kat atas tu Group Lean kena present mesin keropok lekor dia orang..



Aktiviti last malam ini ialah budak Part 1 kena buat persembahan. Persembahan mereka ala-ala mencari bakat menyanyi la.. kreatif juga..



SECOND DAY




Second day pula ada aktiviti treasure hunt. Lean, Syamil dengan Ayin kena jaga check point. Sebelum start Treasure hunt, kita orang kena bersenam termasuk FASI juga.. Check point Lean tak berapa mencabar sangat. Task dia orang kena jalan mengunakan 2 batu bata sebelum mendapatkan BARANG AMANAH mereka dalam masa 2 minit. Kalau pakai 3 batu bata tak apa lah.. Ni pakai 2 batu bata.. Memang teruk diaorang kena.. hahaha.. kalau diaorang tak lepas halangan tu, dia orang kena conteng muka member group diaorang dengan telur, kopi, dengan tepung yang sudah dibancuh.. Memang busuk la bau dia.. Semua group tak lepas.. hahha..
Cawan plastik yang Syamil pegang tu la bahan denda yang diaorang terima kalau tak lepas halangan.. Busuk tak terkata..





Ni group 5 yang Lean jaga.. Kat check point ni, dia orang kena cari cincin dalam sebuah baldi.. Task ni dinamakan Black Hole.. dalam baldi tu ada cengkerik, ada ulat, dan macam-macam la benda yang geli bila dipegang.. Ayo.. kesian dia orang..

Group ni yang first sampai kat check point yang last.. Group yang Ayin jaga la ni.. Selepas diaorang sampai check point yang last, diaorang kena buka BARANG AMANAH yang diaorang simpan.. Antara BARANG AMANAH diaorang ialah Peria, serbuk kopi, Petai, Telur, 1 botol air mineral dan banyak lagi.. Dia orang kena makan BARANG AMANAH dia orang baru boleh jadi pemenang.. Kesian dia orang.. sabar je la ye.. :)

Ni group FASI..

Geomass Day



Geomass Day NOV-MAC
hari sabtu pula.. Biasanya Geomass Day diadakan pada hari Selasa selalu nya.. Tapi sem ni diadakan hari sabtu pula.. Memang tak ramai la budak yang pergi kan.. Dah la lepas Geomass day, lean kena jaga budak Part 1 Induksi... memang betul-betul penat yang tak terkata la.. Tak berapa best la Geomass Day kali ni.. tak tahu kenapa.. mungkin sebab budak tak ramai?? keadaan dewan cempaka sari yang panas?? entah.. tak terkata.. kelas lean yang pergi cuma 5 orang je.. Lean, Azraie, Nabila, Asyraf dengan Syamil je.. Kali ni time ANUGERAH DEKAN, ramai budak junior dapat.. memang hebat la diorang.. jelaz pula lean bila tengok.. Kali ni lean nak belajar betul-betul la.. Nak juga dapat ANUGERAH DEKAN macam mereka.. harap dapat sem ni.. Amen...

Ni lah geng Lean.. Dari sebelah kiri, Nabila, Lean, Adel, Kak As, Adira dengan Mira.. :)

Yay!! Lean dapat makanan awal.. Diutamakan dahulu untuk FASI Induksi.. :)

Monday, November 21, 2011

telinga ku 'PEKAK'

post kali ni nak cerita pasal telinga lean .. Pagi tu lean mandi macam biasa la.. dah mandi apa semua, telinga rasa gatal la pula.. lean korek la pakai cotton bud.. lepas lean korek tu, tiba-tiba lean macam tak dapat dengar kat telinga sebelah kanan.. Adoi.. lean ingatkan telinga lean ada masuk air.. lean letak la air kt telinga sebab nak buang air kt telinga tu... tapi bila lean buat macam tu, lean masih 'pekak'.. memang nervous time tu.. siap telefon mama lagi tanya macam mana.. mama lean suruh lean gi klinik la... then lean pikir dua tiga kali sebab malas nak pergi. pergi pun bukan nya layanan kat klinik tu bagus sangat. bila lean gi kelas pagi tu, telinga kanan dah ok la sikit.. dapat dengar macam biasa.. tapi bila balik asrama, lean nak tidur la time tu.. lepas tu telinga lean tak dapat dengar lagi.. adoi.. apa lagi.. lean call la mama lean lagi. siap nangis lagi lean.. mama lean tetap juga suruh lean gi klinik.. so, lean gi klinik la tengahari tu dengan nabila.. bila check apa semua, doktor kata ada nanah kat telinga.. memang terkejut la time tu.. doktor nak sedut nanah kat telinga lean.. perasaan tu memang nervous giler.. takut sakit... dah sedut apa semua, rasa best pula.. haha.. tak sakit pun. geli ada la. hehehe.. doktor bagi ubat then lepas seminggu, lean kena gi klinik balik sebab nak check telinga lagi.. lega hati telinga dah ok.. :)

Friday, November 18, 2011

meninggalkan Kuching..

Sekarang ni dah kat KL SENTRAL.. bosan duduk sorang2.. jadi ambil peluang nak update blog la...sekarang ni lepak kt KFC KL SENTRAL.. dalam boring tu, ada juga rindu kt mama, papa, adik2.. rasa nak nangis.. bila dah lepas tempat check imigration tu, lean NANGIS!! hahaha.. buat malu je.. tak tahu la kena dengan lean kali ni.. biasa nya lean tak la sedih sangat bila nak balik Perak.. Perasaan sedih tu tak ada langsung.. tapi tak tahu la kali ni kenapa.. haha mungkin sebab balik ni tadi banyak luangkan masa dengan family.. Rindu kat BUNCIT juga.. BUNCIT nangis tadi.. haha.. Time tunggu masuk kapal terbang tu, sempat juga telefon BUNCIT.. bila dengar suara dia, lain je.. rupa-rupanya dia nangis.. hahha.. Paling terharu, BUNCIT sanggup gi tengok lean kat airport 'FOR THE LAST MOMENT'.. (bak kata adik perempuan lean).. hahha.. dah la pagi buta time tu.. MEMANG TERBAIK la.. Dalam hati tu memamg lean pikir tak nak balik PERAK. serius tak nak. nak duduk dengan Mama.. sebelum balik tu, lean selalu cakap dengan mama yang lean tak nak balik Perak.. nak tahu mama lean cakap apa.. awak ni belajar.. jadi kena la pergi Perak juga.. :(



Tadi kat airport, Papa, Mama, Nenek, Datuk, adik-adik, dengan BUNCIT ikut hantar lean kat airport.. Datuk dengan Nenek pun sanggup tau ikut hantar lean..TERHARUNYA..

Nak tahu tak keputusan kolej lean?? lean sama bilik dengan AMIRA.. haha.. tak sangka.. padahal tak mohon pun duduk sama dengan dia.. dah la dapat bilik dengan dia yang sem lepas.. MEMANG TERBAIK la.. dah la bilik tu sejuk je.. :) sorang roomate lagi AMIRA kata budak FASHION.. tak kenal la pula.. huhu..


Lean rindu time ni....







I MISS THEM SO MUCH..

Monday, November 14, 2011

Rambut ku dah pendek.. Damn!!

Rambut ku dah pendek!! Serius dah tak cantik dah.. Rasa menyesal pula potong semalam.. Semalam cakap kat orang salon tu suruh potong 2 inci, layer.. Tapi bila tengok balik, macam weird!! haiya..Tak suka rambut baru ni..

Sebelum..

Selepas..

=_= lama dah simpan rambut panjang tau.. selama ni slalu je rambut pendek.. Pendek macam rambut stail budak-budak pun ada... Rindu kt rambut panjang..

Tuesday, November 8, 2011

rindu pada zaman persekolahan ku~

rindu sangat2 bila tengok budak sekolah pergi sekolah.. pakai gaun biru, bawa beg berat dengan buku teks.. rindu sangat time tu. hehe.. rasa nak patah balik pergi sekolah balik.. kat sekolah, kena denda apa semua memang ada la... standard la tu kan.. dulu masa lean sekolah rendah memang macam 'nomad'.. hahaha.. kejap sekolah kat Air Manis School, then pindah lagi pergi kat sekolah SRK Tarat, lepas tu sekolah terakhir kat SK Jalan Muara Tuang.. hehehe.. pindah pun sebab ikut family.. Masa sekolah menegah baru la tak 'nomad'. hehe Sekolah kat SMK Wira Penrissen.. Kat bawah tu gambar kawan-kawan lean.. hehe..


Masa ni tengah tunggu kelas tambahan Add Math mula.. hehe.. Sempat lagi posing.. hehe



Masa ni time sambut Hari Guru..





Melawat kat UITM Kota Samarahan.. dulu bukan main lagi plan nak masuk kat Universiti paling dekat.. tak nak sekolah jauh2.. UITM Kota Samarahan pun jadi la.. tapi, tengok2 kena campak jauh kat Perak.. nasib badan..





Lean dengan Elisa Feggy..


Lean dengan Jocelyn



Lean dengan Nabila..


lawak kan bila tengok gambar sekolah yang dulu-dulu punya... hehe.. dengan rambut sekma nya, pakai spec lagi.. adoi.. jangan gelak-gelak tau bila tengok gambar lama lean ni.. :)