Thursday, January 24, 2013

I want this thing so bad..

Ipod touch.. I want this gadget so bad.. Since I love to spend time by hearing songs for the whole day until my cell phone status said that 'low battery', so I choose this gadget.. Papak, buy one for me.. :)

It's time to move on..

Sudah beberapa minggu tak update blog ini since Lean teramat busy dengan final project plus dengan report JUPEM. Oopppss... Busy ke? hehe.. Busy la juga kan. Ok, Lean dah sekarang sem 5 dan sem ini la stage kedua terakhir untuk menghabiskan Diploma in Geomatic Science majoring in Geographical Information System.

Ok, berbalik kepada cerita yang sebetulnya untuk diceritakan, sudah tiba masa nya untuk Lean melupakan perkara yang tidak sepatutnya dalam hidup Lean. Actually, this is the hardest thing yang patut Lean buat sejak Lean dari sem 3 lagi.. Ceritanya begini....

"People that I love so much left me.. For me, he is the best man that I ever met before. Yes, he is my boyfriend + my little guardian. But, not boyfriend anymore.. Ex actually. Benda ni dah lama berlaku sejak Lean sem 3. Amat susah untuk Lean lupakan dia. He promise that he will come back to me after he finish his study and so on.. I keep his promises until i realized that waiting is waste my time and suddenly he refuse not to come back to me later.. I'm so disappointed and now I choose to move on.. "

Ini bukan nya cerita drama yang anda pernah lihat di televisyen. But this is what I going to face right now.. Lean, kuatkan la semangat. Sem ini adalah semester kedua terakhir jadi, lakukan yang terbaik demi masa depan kamu, bukan masa depan orang lain. I must strong like Superleanne .. :')

Sunday, November 25, 2012

Counting days

Yeay.. Tinggal 3 hari lagi Lean nak tamat peperangan di Jabatan Tanah dan Ukur Bahagian Kuching. Tak sabar rasanya. Sabtu ni balik Perak pula.. Tak sabar nak menamatkan perjuangan di UiTM Perak pula. Nak cepat-cepat habis. Nak cepat-cepat kahwin. Haha.. tak ada la.. Hal kahwin tu lambat-lambat lagi..

Guess what? Macam ada hikmah di sebaliknya kena Lean tak gi praktikal kat seksyen survey.. Nak tahu kenapa? Ada orang kena jangkitan tibi kat situ.. Takut wei.. Semua orang kena ambik injection termasuk la Lean. Tapi Lean akan ambik injection tu kat Klinik UiTM Perak. Serius takut.. Hari tu ada staff buat injection tersebut sampai banyak yang suspek.. Harap Lean tak kena pula..

Ok, nak tahu apa benda kat atas tu.. Lean tengah belajar mapping guna ArcMap.. Serius mantap dia punya software.. Tapi da lebih kurang je macam Map Info.. Ok, sampai sini je la Lean boleh update.. Dah dekat pukul 2 dah ni. Masa untuk masuk kerja.. :)

Tuesday, November 6, 2012

OMG, praktikal sudah..


( Map untuk ke Jabatan Tanah dan Survei bahagian Kuching )

Dah lama dah Lean tak update blog ni kan? Hari ni Lean ada mood la juga nak update pasal Lean praktikal sebulan ni. Sebenarnya, Lean tengah cuti semester tapi course Lean memang wajibkan pelajar part 4 untuk menghadiri praktikal. Praktikal untuk sebulan ini, fakulti Lean memang tetapkan tempat praktikal iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) bagi semenanjung Malaysia dan bagi Sabah dan Sarawak pula Jabatan Tanah dan Survei.

First day Lean praktikal, Lean diperkenalkan dengan Encik Rusdan selaku penyelia Lean sepanjang Lean menjalani praktikal. First day praktikal dah kena tawar kerja.. haha... Tak boleh. Lean kena sambung belajar lepas ni. Nak dapat kan banyak ilmu.. hehe.. Sekma giler ayat.. Ok, kembali kepada cerita kita.. Lean telah ditetapkan di Survey Computation Section selama 2 minggu dan 3 minggu selebihnya Lean di Drawing Section. Tak ada Lean turun site. Sedih.. Lean lebih suka kerja kat site daripada duduk terperuk di office yang sejuk macam dalam peti sejuk itu. Asyik nak goda Lean tidur je..

Nak tahu kenapa Lean tak turun site? Bukan sebab tak ada job kat site. Sebab Lean ambik Geomatic Science ( Geographical Information System ), so penyelia Lean biarkan Lean lama sikit di Drawing Section. Dia kata biar Lean mahir sikit dalam mapping..

Staff peramah?? Biasa-biasa je. Ada yang ok, ada yang buat muka masam. Standard la tu. Itu baru namanya life. hehe.. Dah hampir 2 minggu dah Lean kat Survey Computation Section ni. Kepala dah pening-pening kira nombor angka besar. Tapi Lean suka.. Minggu depan pula kat Drawing Section. Tak sabar pula nak berada di Drawing Section. hehe..

Ok, kita cerita pasal result Lean untuk part 4 akan keluar pada 9/11/2012 iaitu Jumaat ni. Risau pula bila dengar result semester akan keluar.. Dean list mungkin tak dapat kot semester ni.. Tawakal je la..

Sunday, October 21, 2012

Ulang tahun ke - 20..

Dah lama dah lean tk update blog ni.. Hari ini boleh juga dikatakan lean free sebab sekarang ini dah start cuti semester... Hari ni lean nk post pasal apa yang terjadi masa ulang tahun lean hari tu.. Yang pasti tak ada tepung dengan telur ye.. Say no to tepung and telur.. hehe.. Tak main la dengan tepung dengan telur.. Tapi tahun ni macam tak sambut sangat la.. Yela kan.. Kawan pun macam tak jadi kawan lean dah.. Tak apa la.. Ok.. tutup cerita.. hehe

Ok, ni yang lean dapat time ulang tahun lean hari tu... Patung hello kitty tu Azwin bagi.. Lepas tu benda yang macam segi 4 tu, roomate lean yang bagi.. Tahun ni, hadiah lean banyak sangat bertemakan Hello Kitty.. So sweet.. :)


Kemudian nya, lean dapat purse dari Mira..                                                                                                  


Ekin pula bagi Tiramisu cake dengan Chocolate untuk lean..


Azwin juga bagi Snack Plate KFC untuk lean.. Waduh.. kenyang kot makan benda banyak sangat.. Anyway, thank you guys.. Thank you also for my friends and my family for the wish.

Friday, September 14, 2012

Site Visit Hydrography Surveying

Hello readers.. Entri kali ni nak bercerita sikit mengenai site visit lean hari tu kat Ayer Tawar.. Site visit lean cuma sehari je.. Apa pun, lepas dari site ni banyak pengalaman lean dapat sebagai bakal jurutera geomatik atau surveyor.. Site visit lean ni ada kaitan dengan subjek Hydrography Surveying.. Semua budak kelas lean pergi site visit ni..


Ok, kita orang dah sampai dah kat Ayer Tawar.. Kita orang pakai kereta budak NR dengan pakai kereta sewa kerana kita orang buat site visit ni, pihak UiTM tak tanggung.. Madam Nazirah, pensyarah hydrography yang tanggung semua perbelanjaan dan kos untuk datang ke Ayer Tawar ni termasuklah makanan..


Pemandangan di Ayer Tawar.. Nun jauh nya itu ialah jeti.. 



Mari kita mulakan kerja.. 


Lean dengan Zul


BBQ time! Menu nya ialah Ikan bakar dengan sosej.. haha.. Memandangkan Lean tak makan ikan, Madam Nazirah sediakan sosej untuk makanan lean.. haha.. Lain daripada lain sikit.. hehe.. Yummmmyy… Selain daripada ikan bakar ada sayur disediakan.. 



Time ni tengah nak catat tide level untuk pantai di kawasan Ayer Tawar



Ahli kumpulan Lean. Bermula dari kiri, Zul, Farid dan Bob Syahmi



Ahli kumpulan lean juga.. Aimi dengan Azraie..



Ok, budak kat atas ni juga sama group dengan Lean.. Nama dia Syufina.. Susah betul nak ambik gambar budak ni..



Peace..

Sampai di kampus kira-kira pukul 8 malam.. Penat yang terlampau.. Apa pun, pengalaman yang menarik lean dapat bila habis nya buat site visit ni.. Report pula memanggil…


Sunday, September 9, 2012

Raya's Open House at Mr. Najib's House..

Raya time! hehe.. entah la raya ke berapa sekarang.. Tapi satu kelas Lean buat open house kat rumah Encik Najib.. Semua budak perempuan kelas Lean memainkan peranan untuk memasak dan kemas rumah dan ada segelintir budak lelaki juga yang tolong... Ok, biar gambar di bawah menceritakan peristiwa yang berlaku ketika itu.. 


Lean dengan Kak Farah tengah buat Perkedel.. 


Kak Asnida dengan Dira menbersihkan ayam.. Mira mengerjakan taugeh.. 


Ok, kita orang bertungkus-lumus kat dapur, budak laki pula main game.. Memang nak kena ni.. haha


Goreng Perkedel.. :)


Sibuk di dapur.. 


Masa untuk mencuba.. 


Masa untuk makan..


Makan ye.. jangan gelojoh-gelojoh ye..


Kesimpulan nya, kita orang penat.. Tapi paling kesian dengan Kak Asnida.. Dia la paling bekerja keras masak apa semua.. 

Monday, September 3, 2012

3 days 2 night journeys..

Sebelum memulakan meng 'update' date ini, nak cakap sorry la lama tak sentuh blog ni.. Dah berhabuk dah.. huhu.. Kali ni Lean cuma nak share pengalaman Lean bercuti dengan roomate sem 4 kali ini.. Kita orang tak pergi mana-mana pun.. First day, kita orang pergi rumah Faz.. Singgah kejap kat rumah dia untuk 1 malam..


Time ni kita orang pergi Lumut.. Nak tengok orang sambut merdeka.. 


Ok, kita orang makan aiskrim tengah malam macam ni. Tak apa.. Faz belanja.. hehe.. TQ, Faz..
Keesokkan harinya, kita orang nak pergi rumah keluarga angkat Lean kat Batu Kurau.. Serius rasa rindu pula kat diaorang.. haha.. Mira tak dapat pergi sebab ada hal.. So, Lean dengan roomate naik bas pukul 4.30 petang menuju ke Taiping.. Sebelum naik bas, kita orang sempat main kat playground sekitar Beruas.. hehe.. Jadi budak kecik sekejap.. :)


Lean dengan Faz..


Jum main.. :)


Akhirnya sampai juga di stesen bas Taiping pukul 5.30 petang. Penat tu terasa la juga.. Ok, gambar kat atas tu semua muka penat.. hehhe.. Sekarang ni tunggu abah dan mak angkat Lean fetched up kita orang.. 


Ok, jangan terkejut pula kalau tengok Lean pakai baju kurung.. Ni sebab mak angkat Lean ajak pergi kenduri saudara dia.. So, apa lagi.. Makan free la.. Time ni kat rumah Atok angkat.. Beraya kejap.. hehe.. 


Ok, cantik tak mak angkat Lean?? Time ni kat tempat kenduri.. Best makan sedap-sedap.. hehe


Mula dari kiri : Along, Lean, Mak, Ayu.. 


Ok, it's time to say goodbye.. Ini la keluarga angkat saya.. Dalam gambar tu tak ada Angah dengan Alang.. Alang tengah ambik gambar ni.. TQ, Alang! :)


Ok, the next journey pula pergi rumah Ayu.. Sampai je kat rumah Ayu, kawan Ayu pula ajak pergi rumah dia sebab ada rumah terbuka.. hehe.. Kita orang naik moto je pergi rumah kawan Ayu.. Best juga naik moto.. hehe.. 


Hari terakhir pula, sebelum balik kolej, kita orang sempat pergi Lake Town.. Best tau kat Lake Town.. Lake Town ni kiranya macam Taman Tema. Tapi kita orang sekejap je pergi Lake Town sebab nak kejar bas pukul 2.30 petang.. 


3 of u.. :)


Cantik tak design chalet kat belakang tu.. Serius unik.. 


Faz & Ayu tengah makan aiskrim..

Ok, setakat ni je Lean dapat update... Next time Lean update lagi, k?

P/S : Ayu, awak kena bawa kita orang pergi Lake Town lagi.. Dah la hari tu pergi sekejap je.. :(

Sunday, August 19, 2012

IM4U di Suria KLCC


Hee.. Ini pula Lean nak post yang Lean join IM4U di Suria KLCC hari tu.. Nak kata best pun boleh la.. Sebab Lean dengan kawan-kawan pergi pun ada bendahari UiTM sponser. Lepas itu, sampai je kat Suria KLCC, ada event ni bagi 'KFC SNACK PLATE' pula.. Tak payah bawa duit time ni pun tak apa.. hehe

On the way pergi ke Suria KLCC.. Ok, READY to go! :)


Hehehe.. suka gambar ini.. Ini time Lean baru sampai KLCC.. Perhh.. memang ramai giler orang kat sini time tu.. Bersesak-sesak la kita orang kat sini.. 


hehehe.. PEACE.. :)


CHEESE.. :)


Jadi model pakai topi IM4U kejap.. hehe


Rehat kejap kat taman.. Penat.. Texting, texting.. :)


Hehhe.. gambar ni Lean memang dah malas nak posing dah.. Ini pun gara-gara Ayu yang suruh.. Penat kot.. hehe..
                               
           






Bukan Lean yang penat.. Ayu dengan Faz juga penat time ni. Kita orang duduk la kat taman kejap.. Ok, ignore the photos. :D










 



Sebenarnya event ini Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak yang rasmikannya.. Wah, boleh la juga jumpa PM kita depan-depan ni.. hehhe.. SAKAI BETUL..
Jalan punya jalan, masa untuk balik pula.. Woah, dapat KFC pula.. hehe.. Seronok ye Faz dapat KFC.. :) Apa-apa pun Lean dengan kawan-kawan happy dapat join event ni. algipun Lean saje join event ni sebab nak release tension.. hehe







Ok, masa untuk balik pula.. Suria KLCC, bye-bye.. Gonna miss u..