Sunday, November 25, 2012

Counting days

Yeay.. Tinggal 3 hari lagi Lean nak tamat peperangan di Jabatan Tanah dan Ukur Bahagian Kuching. Tak sabar rasanya. Sabtu ni balik Perak pula.. Tak sabar nak menamatkan perjuangan di UiTM Perak pula. Nak cepat-cepat habis. Nak cepat-cepat kahwin. Haha.. tak ada la.. Hal kahwin tu lambat-lambat lagi..

Guess what? Macam ada hikmah di sebaliknya kena Lean tak gi praktikal kat seksyen survey.. Nak tahu kenapa? Ada orang kena jangkitan tibi kat situ.. Takut wei.. Semua orang kena ambik injection termasuk la Lean. Tapi Lean akan ambik injection tu kat Klinik UiTM Perak. Serius takut.. Hari tu ada staff buat injection tersebut sampai banyak yang suspek.. Harap Lean tak kena pula..

Ok, nak tahu apa benda kat atas tu.. Lean tengah belajar mapping guna ArcMap.. Serius mantap dia punya software.. Tapi da lebih kurang je macam Map Info.. Ok, sampai sini je la Lean boleh update.. Dah dekat pukul 2 dah ni. Masa untuk masuk kerja.. :)

Tuesday, November 6, 2012

OMG, praktikal sudah..


( Map untuk ke Jabatan Tanah dan Survei bahagian Kuching )

Dah lama dah Lean tak update blog ni kan? Hari ni Lean ada mood la juga nak update pasal Lean praktikal sebulan ni. Sebenarnya, Lean tengah cuti semester tapi course Lean memang wajibkan pelajar part 4 untuk menghadiri praktikal. Praktikal untuk sebulan ini, fakulti Lean memang tetapkan tempat praktikal iaitu Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) bagi semenanjung Malaysia dan bagi Sabah dan Sarawak pula Jabatan Tanah dan Survei.

First day Lean praktikal, Lean diperkenalkan dengan Encik Rusdan selaku penyelia Lean sepanjang Lean menjalani praktikal. First day praktikal dah kena tawar kerja.. haha... Tak boleh. Lean kena sambung belajar lepas ni. Nak dapat kan banyak ilmu.. hehe.. Sekma giler ayat.. Ok, kembali kepada cerita kita.. Lean telah ditetapkan di Survey Computation Section selama 2 minggu dan 3 minggu selebihnya Lean di Drawing Section. Tak ada Lean turun site. Sedih.. Lean lebih suka kerja kat site daripada duduk terperuk di office yang sejuk macam dalam peti sejuk itu. Asyik nak goda Lean tidur je..

Nak tahu kenapa Lean tak turun site? Bukan sebab tak ada job kat site. Sebab Lean ambik Geomatic Science ( Geographical Information System ), so penyelia Lean biarkan Lean lama sikit di Drawing Section. Dia kata biar Lean mahir sikit dalam mapping..

Staff peramah?? Biasa-biasa je. Ada yang ok, ada yang buat muka masam. Standard la tu. Itu baru namanya life. hehe.. Dah hampir 2 minggu dah Lean kat Survey Computation Section ni. Kepala dah pening-pening kira nombor angka besar. Tapi Lean suka.. Minggu depan pula kat Drawing Section. Tak sabar pula nak berada di Drawing Section. hehe..

Ok, kita cerita pasal result Lean untuk part 4 akan keluar pada 9/11/2012 iaitu Jumaat ni. Risau pula bila dengar result semester akan keluar.. Dean list mungkin tak dapat kot semester ni.. Tawakal je la..