Semua gadis-gadis kat luar sana masing-masing impikan bakal suami mereka.. Ada yang nak hensem, nak yang tinggi lampai, nak yang macam Taylor Lautner la..
Kalau la Lean dapat bakal suami macam ni, memang lean akan ikut dia ke mana-mana.. hehe.. *gatal!*
Lean pun ada ciri-ciri bakal suami yang Lean idamkan.. Cuba tengok teliti senarai kat bawah tu.. Selamat membaca.. :)
1. Kuat pegangan agama KRISTIAN
Semua gadis-gadis impikan bakal suami yang boleh bawa ke jalan yang benar.. Lean nak bakal suami Lean tu, setiap hari ahad bawa lean pergi church... :)
2. Penyabar
Lean nak cari lelaki yang penyabar.. Yang boleh tahan dengan perangai Lean.. Lean ni sikap yang agak mengada-gada la juga, cerewet.. Jadi Lean nk cari lelaki yang boleh sabar dengan karenah Lean.
3. Seorang atlit
Lean bukan nya nak lelaki yang ahli sukan tu yang macam ahli bina badan ke, pemain bola sepak ke.. Tak.. Lean nak lelaki yang suka libat kan diri dalam sukan la.. Lean tertarik dengan lelaki yang pandai bersukan walaupun dia sibuk dengan kerja.. At least bila dah kahwin, apa salah sekali sekala dia ajak Lean main badminton ke, renang ke.. Best kan??
4. 'Tauke CENDAWAN'
Hehe.. maksud 'Tauke CENDAWAN' tu Lean nak lelaki yang suka bercucuk tanam.. Kalau dah habis kerja, Lean nak dia ada tanam sayur kat halaman rumah ke.. Tapi yang penting, Lean nak kat belakang kawasan rumah Lean, Lean nak dia tanam cendawan! Tahu-tahu la Lean ni minat sangat makan cendawan.. nasi goreng cendawan, cendawan goreng, sup cendawan.. wow! Bestnya.. Tiap hari boleh makan cendawan.. (Bak kata Syamil..) :)
5. Tak nak yang HENSEM, tapi nak yang COMEL
Rimas bila tengok lelaki yang hensem.. Nanti gadis-gadis lain pun nak juga.. Kira macam nak berebut-rebut ambil la.. Lean lain.. Lean nak yang kategori 'sedap mata memandang'.. Macam comel macam tu la.. :)
6. Caring
Kalau Lean demam ke, tak makan lagi, Lean nak la juga suami yang boleh jaga Lean dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Nak yang paham perasaan Lean..
7. Bertanggungjawap
Setiap yang berlaku pada bakal rumah tangga, Lean nak dia bertanggungjawap. Bukan jenis yang lepas tangan. Lean tak suka lelaki yang pandai berkata-kata daripada bertindak dengan sepatutnya..
8. Boleh terima Lean seadanya
Semua orang kat dunia ni, termasuk Lean bukan nya sempurna.. Ada jenis yang suka nak marah-marah, terlalu jelez, macam-macam lagi la.. Lean nak bakal suami Lean ni boleh terima Lean seadanya, bukan ubah diri Lean...
9. Berkemampuan untuk menyara keluarga
Lean ni bukan jenis yang mata duitan.. Tapi Lean nak bakal suami Lean ni boleh sara keluarga la.. Boleh bagi makan minum ahli keluarga, jaga anak-anak dengan baik.. Lebih kurang macam tu la..
10. Reti MASAK!
Papa lean seorang chef. Jadi Lean nak suami lean reti masak. Reti masak walaupun bukan seorang chef macam papa lean. Nak dia masak time lean busy kerja ke, time lean demam ke.. Mesti RETI masak ok??
11. Beli kan Lean MINI COOPER *EXTRA*
Hehe.. Tahu la Lean ni minat giler dengan mini cooper.. So please, buy it for me.. :)
Cukup la sampai 11 je ye.. Yang lain-lain tu, biar Lean simpan sendiri ye.. :)